![]() |
| Foto Bernama |
BALI , 11 Okt (Bernama) -- Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada Skala Richter melanda Pulau Bali, Indonesia pada awal pagi Khamis.
Pusat gempa ialah di Laut Bali kira-kira 40 kilometer daripada penghujung timur Pulau Jawa, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Bali merupakan tuan rumah kepada mesyuarat tahunan pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dihadiri 12,000 hingga 15,000 peserta dan acara sampingan Perhimpunan Pemimpin ASEAN (ALG).
Gempa bumi itu mengakibatkan penghuni dan pengunjung pulau peranginan itu panik sebentar tetapi tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami dilaporkan. -- BERNAMA
Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali
Reviewed by Admin
on
October 11, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
October 11, 2018
Rating:

No comments: