Seo Services

Datuk Bandar Miri tidak akan lepas jawatan berikutan kritikan

Foto SUPP News Portal
MIRI, 25 Okt (Bernama) -- Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang tidak akan melepaskan jawatannya di sebalik dakwaan bahawa beliau terlalu menumpukan perhatian kepada politik dan bukannya memenuhi tanggungjawab utamanya kepada bandar raya ini.

Yii, Datuk Bandar Miri ketiga yang dilantik pada 2016, berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Datuk Bandar dan menyerahkan kepada penduduk Bandaraya Miri, bukannya kepada seorang ahli politik, untuk menilai prestasinya.

“Sebagai Datuk Bandar Miri, saya akan terus berkhidmat kepada penduduk Miri berdasarkan kemampuan saya, bagi memastikan perkembangan ekonomi dan kemakmuran Miri di bawah persekitaran umum tempatan, negara dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yii, 62, menjawab kritikan ADUN Pujut daripada DAP, Dr Ting Tiong Choon yang disiarkan di dalam akhbar harian tempatan hari ini berhubung kenyataan politik berterusan Yii yang memberi tumpuan dalam mengetengahkan isu berkaitan kerajaan Persekutuan di dalam akhbar berbahasa Cina.

Tambahan pula, kata Yii, berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak, beliau akan terus menyuarakan isu yang memenuhi kepentingan penduduk Sarawak. -- BERNAMA
Datuk Bandar Miri tidak akan lepas jawatan berikutan kritikan Datuk Bandar Miri tidak akan lepas jawatan berikutan kritikan Reviewed by Admin on October 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.