Seo Services

Laporan Sarawak Report Tentang Kevin Morais Nyata Fitnah, Kata Najib


Pengakuan terbaharu Sarawak Report yang kini tidak lagi pasti bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan dengan kemaitan Datuk Anthony Kevin Morais sudah terlambat.

Kata Najib, artikel portal itu selama tiga tahun ini telah pun berjaya menyebarkan fitnah tentang dirinya dan memberi tanggapan dirinya pembunuh kerana mahu menghalang kertas pertuduhan yang ingin dirangka terhadapnya.

“Setelah tiga tahun Sarawak Report yang berulangkali mendakwa saya bertanggungjawab terhadap kematian Kevin Morais, mereka tiba-tiba menaikkan artikel semalam yang berkata mereka tidak lagi pasti.

“Sarawak Report adalah blog pertama membuat fitnah kononnya Morais dibunuh 5 minggu SELEPAS mendiang kononnya merangka kertas pertuduhan terhadap saya, dan ini dinafikan berulangkali oleh SPRM selama itu serta turut dilaporkan di media-media tempatan.

“Artikel terbaru mereka berkata mereka tidak lagi pasti bahawa Kevin Morais ialah orang yang merangka kertas pertuduhan terhadap saya.

“Pengakuan Sarawak Report itu sudah lewat. Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah jahat bahawa saya adalah pembunuh,” katanya menerusi Facebook.

Beliau dalam masa yang sama menerusi kenyataan menggesa polis menyiasat dakwaan beliau menawarkan RM3.5 juta kepada Kevin untuk mengaku membunuh timbalan pendakwa raya itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan S Ravi Chandaran ditawarkan wang itu melalui pegawai penjara ialah sumpah bohong.

Najib turut meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Ravi dan mendedahkan nama pegawai penjara yang menawarkan wang itu.

“Dakwaan ini tidak benar sama sekali dan saya menolak sekeras-kerasnya. Ini dakwaan paling menjahanamkan dan tidak berlaku adil kepada mendiang Morais ataupun saya,” tambahnya.-SuaraTv
Laporan Sarawak Report Tentang Kevin Morais Nyata Fitnah, Kata Najib Laporan Sarawak Report Tentang Kevin Morais Nyata Fitnah, Kata Najib Reviewed by Admin on October 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.