Seo Services

Tragedi lombong: Jangan dengar cakap orang


MARANG 4 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) meminta orang ramai supaya jangan menghiraukan segala tohmahan dan kecaman terhadap jabatan itu di sebalik tragedi pilu yang meragut enam anggotanya di Puchong malam semalam.

Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, sebaliknya biarlah perkara itu diserahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Beliau menjangkakan tempoh siasatan akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian yang disifatkan insiden terburuk.

"Sepanjang lebih 30 tahun perkhidmatan saya dengan bomba (JBPM), inilah kejadian paling sedih dan menyayat hati saya sebab enam orang (anggota bomba) mati (sekali gus) semasa menjalankan tugas.

"Jadi, jangan dengar orang luar cakap kecuali daripada pihak bomba sendiri. Apa yang berlaku semalam adalah satu kemalangan dan ketika itu berlaku perubahan arus yang di luar jangka menyebabkan taktik serta teknik berubah tiba-tiba," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan Ke-20 di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Wakaf Tapai, dekat sini hari ini.

Pertandingan selama empat hari itu yang disertai lebih 700 anggota JBPM seluruh negara menyaksikan kontinjen Perak muncul juara keseluruhan edisi kali ini dengan merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Soiman diminta mengulas tragedi lemas yang mengorbankan enam anggota bomba dalam operasi menyelamatkan seorang mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Cyberjaya, dekat Puchong malam semalam.

Beliau seterusnya memberitahu bahawa pihaknya sentiasa positif terhadap segala pandangan serta reaksi sesetengah pihak berikutan kejadian tersebut.

Pada masa sama beliau menegaskan kesemua penyelam JBPM adalah yang diiktiraf dan profesional dalam menjalankan tugas menyelamat di air sama ada tasik, sungai, lombong atau pesisiran pantai.

Malah beliau sentiasa mengalu-alukan atau mempelawa mana-mana pihak terutama dalam kalangan penyelam profesional untuk sama-sama berkolaborasi dalam usaha menyelamatkan orang awam. - UTUSAN ONLINE
Tragedi lombong: Jangan dengar cakap orang Tragedi lombong: Jangan dengar cakap orang Reviewed by Admin on October 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.