Seo Services

Lelaki didenda RM2,000 akibat pukul pekerja stesen minyak


TAPAH: Akibat gagal mengawal panas baran, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pekerja stesen minyak, awal bulan ini.

Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, turut memerintahkan tertuduh dipenjara 5 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Nuralif Shaufik didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di Stesen Minyak Petronas di Sungkai, dekat sini, pada 12.45 tengah hari 6 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya, S Kavitha merayu hukuman denda paling minimum atas alasan dia merupakan anak tunggal, menanggung ibu bapanya yang sudah tidak bekerja serta insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama. - Bernama
Lelaki didenda RM2,000 akibat pukul pekerja stesen minyak Lelaki didenda RM2,000 akibat pukul pekerja stesen minyak Reviewed by Admin on October 22, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.