SEORANG pemain bola sepak profesional ditemui mati dalam belukar dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong.
Polis berkatam Daniel Correa, 24, dibunuh dengan kejam dalam keadaan yang mengerikan.
Mayat pemain tengah Sao Paulo di Brazil itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di Sao Jose dos Pinhais, di wilayah Curitiba.
Beberapa laporan di Brazil mendakwa punca kematian disebabkan oleh kecederaan akibat pisau.
Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.
Seorang pegawai polis berkata: "Ia merupakan keadaan yang sangat kejam berikutan penemuan mayat itu."
Correa menyertai Sao Paulo pada 2014, tetapi baru-baru ini dipinjamkan ke Sao Bento.
Pemain tersebut mempunyai kontrak bersama Sao Paulo sehingga Disember tahun ini.
Kelab Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata: "Kelab Bola Sepak Sao Paulo amat berduka cita di atas kematian pemain tengah, Daniel Correa Freitas.
"Kelab bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," tambah kenyataan itu. - Mirror Online/MSTAR
Pemain bola di Brazil ditemui mati, kepala nyaris putus, kemaluan dipotong
Reviewed by Admin
on
October 30, 2018
Rating:
No comments: