Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.
Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.
PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini untuk Semenanjung Malaysia.
Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.
Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg. - UTUSAN ONLINE
Caj hantar gas memasak naik RM5
Reviewed by Admin
on
October 30, 2018
Rating:
No comments: