Seo Services

Penyokong Najib dan Rosmah dihalang tunjuk sokongan


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Sekumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihalang daripada memakai pengikat kepala bertulis “Henti salah guna AMLA” ketika berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini sebentar tadi.

Salah seorang penyokong bersama pelakon terkenal, Ellie Suriaty Omar ditegur oleh beberapa pegawai polis yang bertugas dan diminta untuk menanggalkan lilitan kepala yang dipakai oleh lelaki itu.

Penyokong berkenaan bagaimanapun menegaskan beliau hanya datang untuk membantah secara aman sebelum membuka lilitan kepala dipakainya.

Ketika ditemui pemberita, lelaki yang hanya ingin dikenali sebaga Rash, berkata, dia hadir ke mahkamah hari ini bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ia dilakukan secara aman dengan bekerjsama dengan pihak polis.

“Kami adalah penyokong setia Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sejak jatuhnya Barisan Nasional, perjuangan kami tidak pernah putus. Kami tidak boleh bersuara jadi ini (memakai lilitan kepala) adalah hak saya,” katanya.

Sementara itu, Ellie Suriaty yang juga seorang pengarah berkata, tidak salah untuk penyokong Najib hadir ke mahkamah dengan memakai pengikat kepala dan pelekat baju.

“Pada saya, apa salahnya menunjukkan tanda sokongan dalam bentuk pelekat baju,” katanya.

Rosmah dijangka didakwa 17 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE
Penyokong Najib dan Rosmah dihalang tunjuk sokongan Penyokong Najib dan Rosmah dihalang tunjuk sokongan Reviewed by Admin on October 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.