Seo Services

RM6.6 bilion bukan untuk diri tapi negara, kata Najib


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa pecah amanah sebanyak RM6.6 bilion menjelaskan pertuduhan dikenakan terhadapnya bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya untuk kepentingan negara.

Najib berkata, 6 pertuduhan itu adalah bertujuan pembayaran hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh waktu tertentu.

“Saya hendak sebutkan, pertuduhan dikenakan pada saya adalah terlalu umum dan tidak munasabah. Dalam pertuduhan tersebut tidak ada yang dikaitkan dengan apa yang saya terima.

“Tidak ada yang disebut, apa yang saya lakukan akan beri keuntungan pada saya,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.

Jelasnya, sekiranya pembayaran tidak dibuat ia akan menjejaskan dan memudaratkan ekonomi dan juga rakyat.

Hari ini, Najib dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah didakwa atas 6 pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu antara Disember 2016 dan Disember 2017.

Mengikut pertuduhan, mereka diamanahkan dengan dana itu tetapi menyalahgunakan wang tersebut menggunakan kedudukan mereka sebagai menteri kewangan dan ketua setiausaha Perbendaharaan pada masa itu.

Jika sabitkan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.

Najib berkata, rakyat tidak seharusnya keliru dengan pertuduhan dibacakan terhadapnya dan Irwan.

“Apa yang kita lakukan boleh dibuktikan di mahkamah, semua itu adalah untuk kepentingan pentadbiran negara, tidak ada keuntungan kepada diri saya dan Irwan.

“RM6.6 bilion itu tidak bermakna sudah hilang, ia sebenarnya melibatkan keseluruhan pembayaran yang perlu dilakukan negara. Jangan terkeliru dengan angka dan tuduhan pecah amanah.

“Ia semua disabitkan untuk pelaksanaan projek dan bayar hutang. Jangan ada tanggapan duit sebanyak itu hilang dan tidak ada unsur untuk kepentingan diri,” katanya. - FMT
RM6.6 bilion bukan untuk diri tapi negara, kata Najib RM6.6 bilion bukan untuk diri tapi negara, kata Najib Reviewed by Admin on October 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.