MUKAH: Seorang remaja 14 tahun dikhuatiri lemas selepas mandi sungai berdekatan rumahnya di Kampung Terus, Oya dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang, mangsa Rabani Abdul Razak (gambar), bersama tiga rakannya mandi sungai di Batang Oya ketika air sungai tersebut mula pasang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, menurut saksi kejadian, iaitu rakan mangsa, mangsa dikatakan cuba untuk berenang menyeberangi sungai manakala rakan-rakan yang lain memerhati dan hanya berenang di tepi sahaja. Selepas itu kelibat mangsa tiba-tiba hilang dari pandangan.
Katanya, apabila kelibat mangsa tidak kelihatan agak lama, rakan-rakan mangsa terus memaklumkan perkara tersebut kepada orang kampung dan keluarga mangsa.
Pencarian terus dilakukan oleh orang-orang kampung menggunakan 4 buah bot seramai 25 orang namun mangsa tidak ditemui.
Menurutnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke tempat kejadian untuk menggerakkan Operasi Mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 malam
“Bagaimana pun Operasi Mencari dan Menyelamat ditangguh pada jam 8.45 malam atas faktor air sungai yang deras dan cuaca yang gelap, dan akan disambung keesokan hari,” katanya.
Sehingga laporan ini ditulis mangsa masih belum ditemui. – ibupertiwiku.com
Remaja Dikhuatiri Lemas Selepas Mandi Di Sungai Oya
Reviewed by Admin
on
November 10, 2018
Rating:

No comments: