Seo Services

Sistem digodam, keputusan Cabang Julau digantung

Foto Utusan Online
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menggantung keputusan pemilihan bagi Cabang Julau, Sarawak susulan 10 tablet yang digunakan untuk pengundian elektronik (e-undi) digodam sehingga boleh menjejaskan keputusan undian.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata, dimaklumkan bahawa Unit Sistem dan Teknologi Maklumat JPP pada pukul 2 petang tadi telah mengesan sistem e-undi di pusat pengundian di Julau gagal berfungsi seperti biasa.

Katanya, setelah melakukan pemeriksaan, didapati 10 unit tablet e-undi yang digunakan pada waktu itu telah dicerobohi perisian Prey Anti-Theft dan laporan telah dihantar bagi mendapatkan maklum balas Pasukan Keselamatan Siber JPP di Petaling Jaya, Selangor.

"Maklumat yang diterima menyebut bahawa perisian ini digunakan untuk memadam aplikasi e-undi dalam tablet, mencuri data, mengubah kata laluan dan mengawal tablet menggunakan komputer dari jarak jauh.

"Beberapa langkah segera bagi mengatasi masalah ini dengan menukar mod undian kepada secara bukan dalam talian (offline), selain mematikan Pentadbir Peranti dan membuang applikasi Prey Anti-Theft daripada sistem," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seramai 13,000 ahli PKR layak mengundi di Cabang Julau.

Kata Rashid, disebabkan situasi itu, JPP menggantung keputusan bagi Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses.

"JPP juga sedang menyiasat sama ada serangan siber seperti ini juga berlaku di tempat lain yang turut mengadakan pemilihan pada hari ini.

"Siasatan awal mendapati applikasi tersebut telah dipasang secara fizikal pada tablet rasmi JPP yang diperuntukan bagi Cabang Julau pada tarikh hari ini sekitar jam 4 pagi tadi," katanya.-UTUSAN ONLINE
Sistem digodam, keputusan Cabang Julau digantung Sistem digodam, keputusan Cabang Julau digantung Reviewed by Admin on November 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.