Pasukan Reformasi 20 Tahun hari ini membuat laporan polis mendakwa wujudnya politik wang dalam pemilihan PKR di cabang Lanang, Sarawak.
Laporan polis dibuat wakil pasukan itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor di Balai Polis Lanang, jam jam 10 pagi tadi.
Shatiri mendakwa wujudnya perkara yang mencurigai ketika berlangsungnya proses pengundian di cabang yang dilawatanya itu semalam.
“Kami sebagai kumpulan pemantau mengesyaki wujudnya politik wang kerana pengundi diberikan imbuhan dan sumbangan di sekitar tempat pengundian.
“Justeru, kami berharap pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ,” katanya bersama lima individu lain ditugaskan sebagai wakil dan pemerhati proses pengundian bagi calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Justeru beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan demi integriti PKR. - SuaraTv
Team Rafizi Dakwa Wujud Politik Wang Di Cabang Lanang
Reviewed by Admin
on
November 11, 2018
Rating:

No comments: