Seo Services

50 peserta bakal berentap di Kejohanan Drag Race (Sprint Test)

SIBU: Sebanyak 50 peserta termasuk dari Brunei dan Sabah telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Drag Race (Sprint Test) yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Lama Sibu dari 18 hingga 20 April ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) Negeri Sarawak bersama dengan Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Dainese Racing.

Menurut Setiausaha AWAS Mohd Junaidi Sambang, sambutan terhadap kejohanan kali kedua itu amat menggalakkan termasuk berjaya menarik penyertaan peserta dari Sabah dan Brunei.

“Kita juga menerima penyertaan menggalakkan dari Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei dan Sibu,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Kejohanan dijadual dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Politik ketua Menteri Abdullah Saidol pada 18 April, jam 9.30 pagi bertempat di Lapangan Terbang Lama Sibu.

Menurut Junaidi, kejohanan melibatkan lima kategori perlumbaan iaitu Kategori A dan B masing-masing melibatkan motosikal dua lejang dengan 135cc dan 110cc ke bawah, Kategori C dan D motosikal empat lejang dengan 135cc dan 115cc ke bawah.

Kategori E pula adalah terbuka dengan motosikal 150cc ke bawah.

Lima kategori ini akan berlangsung di Lapangan terbang Lama Sibu dari 18 hingga 20 April.

Manakala Kategori F katanya, adalah terbuka melibatkan pameran Auto Show yang akan berlangsung di Taman Harmoni bermula jam 3 petang.

Tambah beliau, Tiga tempat teratas bagi semua kategori, akan menerima hadiah wang tunai berserta piala manakala tempat keempat akan menerima hamper. - utusan borneo

50 peserta bakal berentap di Kejohanan Drag Race (Sprint Test) 50 peserta bakal berentap di Kejohanan Drag Race (Sprint Test) Reviewed by Admin on April 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.