Seo Services

Sektor Pertanian, Penyumbang Utama Ekonomi Sri Aman

Sri Aman mempunyai majoriti penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian sebagai pendapatan utama mereka dan Jabatan Pertanian dan agensi di bawahnya menggalas tanggungjawab yang besar dalam memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di Bahagian tersebut.

Jabatan pertanian bahagian Sri Aman yang merangkumi tiga pejabat pertanian daerah iaitu, Perjabat Pertanian Daerah Sri Aman, Perjabat Pertanian Daerah Engkilili/Lubok Antu dan Pejabat Petanian Daerah Pantu bergabung untuk memastikan taraf ekonomi penduduk bersumberkan pendapatan dari hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

Berkeluasan 5,466.25km, Sri Aman mempunyai lebih daripada 13,988 buah keluarga tani dengan 722 kampung yang merangkumi kawasan Sri Aman, Pantu dan Lubok Antu.

Menurut kajian Jabatan Pertanian, dianggarkan 70 peratus  daripada penduduk tempatan  di daerah ini bekerja sebagai petani.

Kegiatan pertanian lain penduduk tempatan ialah tanaman getah. Tanaman getah merangkumi Rubber Mini Estate di kawasan Pantu hingga ke Muding dan Rubber Block Planting di Pelasok, Lubok Antu. Terdapat ladang getahnya yang belum boleh ditoreh dan ada juga yang sudah boleh ditoreh.

Perikanan pula tertumpu di kawasan penternakan ikan Tilapia Merah di Batang Ai yang sudah bermula sejak tahun 1993 sehingga sekarang.

Pertubuhan Peladang Sri Aman yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan permasaran telah menjadi pembekal untuk kedai input pertanian seperti menjual racun, baja dan perkakasan pertanian dan membeli hasil pertanian seperti padi, getah dan lada daripada petani setempat.

Antara bantuan yang diberikan oleh Pertubuhan Peladang adalah bantuan jentera peladangan.Pertubuhan peladang turut mempunyai sebuah kilang memproses padi di Stumbin-Bijat yang menyediakan kemudahan seperti bantuan sewaan jentera menuai dan perkhidmatan memproses padi dengan kadar tertentu kepada petani.

Untuk jualan ternakan, mereka menyediakan bantuan ternakan subsidi seperti kambing,  kambing biri-biri dan khinzir untuk dijual kepada penternak dengan harga subsidi.

Jabatan pertanian dan agensi-agensi yang terlibat dalam projek -projek pertanian di Sri Aman berperanan meningkatakan ekonomi pendusuk setempat di samping menggalakan penggunaan kaedah moden dalam pertanian.

Penekanan lebih diberikan kepada "Pertanian Cara Baru" yang melibatkan pertanian komersial berskala besar, penggunaan teknologi moden yang lebih meluas , pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi dan memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.

Sektor Pertanian, Penyumbang Utama Ekonomi Sri Aman Sektor Pertanian, Penyumbang Utama Ekonomi Sri Aman Reviewed by Admin on April 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.