Seo Services

SKMM Sarawak Terima Lebih 80 Aduan Jenayah Siber

BAU, 23 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak menerima lebih 80 aduan membabitkan pelbagai jenayah siber sepanjang tahun lalu.

Ketua SKMM Wilayah Sarawak Adiman Ajem berkata kebanyakan kes melibatkan media sosial terutama Facebook dan membabitkan golongan remaja serta berkaitan kes ugutan dan hasutan.

Kes berhubung hasutan dan ugutan serta penipuan akan diserah kepada pihak polis, manakala yang berkaitan jenayah perdagangan pula diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, katanya di sini Rabu.

Menurutnya SKMM hanya mengendalikan kes seperti pornografi dan juga kecurian rangkaian.

Mengulas aduan masyarakat mengenai kemudahan Internet di Kampung Tanpa Wayar yang tidak memuaskan, Adiman berkata perkara itu sukar untuk diatasi disebabkan bentuk muka bumi selain faktor cuaca.

Terdahulu beliau hadir majlis penyerahan Komputer Riba 1Malaysia yang dilakukan oleh Pembantu Menteri Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.-- BERNAMA

SKMM Sarawak Terima Lebih 80 Aduan Jenayah Siber SKMM Sarawak Terima Lebih 80 Aduan Jenayah Siber Reviewed by Admin on April 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.