Seo Services

21 maut protes anti-China di Vietnam


Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terbunuh dalam rusuhan anti-China di tengah negara ini, malam tadi ketika ketegangan antara Vietnam dan Beijing semakin meningkat berhubung tuntutan bertindih antara kedua-dua negara terbabit di kawasan maritim di Kepulauan Paracel, Laut China Selatan.

Channel NewsAsia melaporkan, lima yang terbunuh merupakan rakyat Vietnam, manakala selebihnya dipercayai warga China yang bekerja di negara ini.

Menurut doktor di Hospital Umum Ha Tinh di wilayah Ha Tinh di tengah Vietnam, sekurang-kurangnya 100 orang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat cedera dan kebanyakan mereka merupakan warga China.

Dalam pada itu, seorang pekerja China dilaporkan terbunuh dalam satu insiden rusuhan di sebuah kilang keluli milik Taiwan di wilayah sama.

“Kami sedang cuba mengenalpasti mayat itu,'' kata seorang anggota polis yang enggan dikenali.

Keganasan itu berlaku selang sehari selepas kira-kira 20,000 pekerja Vietnam menyerang dan membakar beberapa buah kilang di kawasan perindustrian di wilayah Binh Duong.

Menurut media Taiwan. kilang itu dimiliki Formosa Plastics Group, pelabur terbesar Taiwan di Vietnam.

Penunjuk perasaan membakar berpuluh-puluh kilang di selatan Vietnam selepas mereka berang dengan tindakan China membina pelantar minyak di perairan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara di Laut China Selatan.

Keganasan itu memaksa beberapa kilang di wilayah tenggara Binh Duong ditutup buat sementara.

Menurut polis di Binh Duong, sebanyak 460 syarikat telah melaporkan tentang kerosakan di premis-premis masing-masing. - AGENSI/AFP

21 maut protes anti-China di Vietnam 21 maut protes anti-China di Vietnam Reviewed by Unknown on May 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.