Seo Services

ASEAN bincang isu konflik Vietnam - China


Ketegangan yang semakin meningkat berhubung tuntutan bertindih kawasan maritim di Laut China Selatan mendominasi Sidang Kemuncak ASEAN, di sini hari ini dengan Vietnam dijangka meminta negara-negara jiran menyokongnya dalam pertikaian itu dengan China.

Sebanyak 10 negara anggota ASEAN mengadakan persidangan selama beberapa hari di sini, selepas Vietnam dan Filipina berbalah dengan China berhubung pertikaian itu, mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Sidang kemuncak ASEAN yang pertama kali menyaksikan Myanmar sebagai tuan rumah dijangka didominasi dengan perbincangan berhubung pertikaian kawasan maritim Laut China Selatan yang merupakan laluan utama perkapalan antarabangsa dan dipercayai mempunyai simpanan sumber tenaga yang banyak.

Dalam teks ucapan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung yang dilihat oleh AFP, beliau menggesa negara-negara anggota ASEAN supaya membantah apa yang disifatkannya sebagai ‘pencerobohan serius’ di kawasan perairan tersebut oleh China.

“Tindakan itu merupakan satu provokasi berbahaya yang mengancam secara langsung keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di perairan tersebut," katanya.

Ketegangan timbul selepas Beijing memindahkan sebuah pelantar minyak ke kawasan maritim di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh Hanoi pada awal bulan ini.

Tindakan tersebut mencetuskan beberapa insiden di kawasan maritim itu dengan Vietnam empat hari lalu menuduh China menyerang kapal-kapalnya.

Menteri-menteri Luar ASEAN, semalam dalam satu kenyataan bersama melahirkan kebimbangan serius berhubung perkembangan berterusan berhubung pertikaian tersebut ketika pertubuhan serantau itu cuba bersatu dalam menangani isu tersebut dengan China. - AFP
ASEAN bincang isu konflik Vietnam - China ASEAN bincang isu konflik Vietnam - China Reviewed by Unknown on May 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.