Seo Services

Benarkah BNBBC Sarawak tidak berminat jadi "wakil rakyat"?

Memang sudah lama kami ingin menyentuh hal ini, lagipun kelemahan sebegini bukanlah perkara baru dalam politik Sarawak. Sesetengah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak berminat dengan dunia politik, apatah lagi untuk berdebat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tentang isu-isu yang melibatkan rakyat.

Kami berkesempatan melihat sendiri gelagat para YB BN dalam persidangan yang sedang berlangsung sekarang ini, rupanya andaian kami bahawa ramai para ADUN sebenarnya tidak berminat untuk jadi wakil rakyat adalah benar.

Mereka mungkin bangga dengan gelaran YB, atau ADUN ,tapi "tidak berminat" untuk jadi "wakil rakyat" yang akan bersuara serta berdebat dalam DUN demi kepentingan rakyat.

BNBBC Sarawak adalah Kelab Penyokong Kerajaan, tempat bernaung para ADUN yang tidak memiliki jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kabinet. Meskipun tanpa jawatan kabinet BNBBC adalah barisan hadapan untuk bersuara demi kepentingan rakyat dan untuk mendukung dasar-dasar kerajaan.

Malang sekali Kelab tersebut tidak berfungsi seperti yang diharapkan, berapa kerat saja yang tampil bersuara dalam persidangan DUN ketika dasar kerajaan dipersenda oleh pihak pembangkang.Keadaan ini jelas, bila ADUN pembangkang membahaskan isu-isu yang berunsur provokatif. hampir tiada ahli BNBBC yang sanggup tampil dengan idea bernas untuk mempertahan dasar kerajaan.

Acapkali ADUN pembangkang memperli, mengejek dan menidakkan usaha kerajaan tapi dimana suara BNBBC Sarawak untuk mempertahankan hal tersebut.

Sedang kalau terjumpa mereka di pusat hiburan, suara merekalah yang paling lantang.BNBBC Sarawak semuanya cerdik pandai, jauh lebih pandai dari orang kampung seperti kami. Mereka juga dianggap sebagai pemimpin pelapis yang bakal membawa suara rakyat ke hadapan. Bukan 'menguap' setiap kali usul dibahaskan.

Cuma kami tertanya-tanya, kenapa mereka seperti tidak berminat jadi "wakil rakyat"? apakah kerana tempat duduk mereka dalam DUN letaknya dibarisan belakang?

Selain berusaha untuk menyemak semula kadar royalti yang diterima negeri Sarawak, elok sangat kalau kepimpinan negeri turut melakukan "semakan semula" terhadap sikap serta kedudukan para ADUN yang mewakili rakyat...

(Dari blog www.melanaublogger.com)

Benarkah BNBBC Sarawak tidak berminat jadi "wakil rakyat"? Benarkah BNBBC Sarawak tidak berminat jadi "wakil rakyat"? Reviewed by Admin on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.