Seo Services

Guru, Penyuluh Hidup Kami

 
Kedengaran lagu Terima Kasih Cikgu yang di popularkan oleh Najwa Latiff feat Upin dan ipin mula berkumandang di corongo-corong radio. Seperti sedia maklum, sambutan hari guru diraikan tanggal 16 Mei pada setiap tahun. Tujuan sambutan hari guru adalah untuk menghargai pengorbanan dan jasa seorang guru dalam mendidik seorang individu menjadi insan yang berjaya kelak.

Tugas guru memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tidak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia merupakan amanah yang sangat besar.

Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Tanpa cikgu siapalah kita. A,B,C...alif,ba,ta...1,2,3...entah kenal entah tidak. Bagi tahun 2014 tema hari guru adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43. Matlamat mereka hanyalah satu, iaitu ikhlas dalam memdidik kita agar menjadi manusia beriman, berilmu dan beramal kepada agama, bangsa dan negara.

Jadi,hargailah mereka. Selamat Hari Guru kepada semua yang begelar guru. Jasa guru sentiasa kami kenang. Semoga mereka akan terus berjaya merentasi halangan-halangan dalam usaha untuk membentuk peribadi yang baik serta akhlak yang terpuji dikalangan anak-anak bangsa dan anak-anak malaysia serta akan terus berjaya menyuntik semangat patriotik dan cintakan negara kepada pelapis negara.
Guru, Penyuluh Hidup Kami Guru, Penyuluh Hidup Kami Reviewed by Admin on May 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.