Seo Services

SUPP desak PRK untuk Bawang Assan

Parti SUPP menuntut agar Datuk Sri Wong Soon Koh, ADUN Bawang Assan mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.

Parti itu dalam satu kenyataan lewat petang tadi membuat desakan demikian ekoran pengumuman Wong Soon Koh keluar dari SUPP bagi membentuk parti baru bersama Presiden SPDP Tan Sri Willian Mawan.

Dalam satu sidang media petang tadi, Datuk Sri Wong Soon Koh dan Tan Sri William Mawan bersama 9 lagi wakil rakyat SUPP dan SPDP mengumumkan keluar parti dan menyertai parti TERAS.

Sebagai reaksi kepada keputusan Soon Koh, SUPP turut mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan  beberapa tindakan serta keputusan.

Dalam mesyuarat itu, SUPP membuat keputusan memecat Wong Soon Koh dari jawatan Ketua SUPP Bahagian Sibu berkuatkuasa serta-merta.

Presiden SUPP, Datuk Peter Chin dipetik sebagai berkata, mereka tidak dimaklumkan tentang perletakan jawatan Wong Soon Koh.

"Kami tidak menerima sebarang surat dari Wong Soon Koh" katanya.

SUPP desak PRK untuk Bawang Assan SUPP desak PRK untuk Bawang Assan Reviewed by Admin on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.