Seo Services

Himpunan rai 'Wiladah Hussein' perlu dihalang

PENDANG - Pemuda Umno Bahagian Pendang meminta Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan polis menghalang satu perhimpunan yang didakwa anjuran pengikut Syiah di Kampung Alor Berala di sini.

Ketuanya Mohamad Fadzil Zulkipli berkata perhimpunan tertutup itu dipercayai akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di sebuah rumah, yang didakwa sebagai pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata perhimpunan itu dipercayai untuk meraikan satu perayaan 'Wiladah Hussein', yang akan disertai oleh pengikut fahaman itu sekitar negeri ini.

"Ada kain rentang yang dipasang untuk menghebahkan perayaan itu (sebelum ini) dan kini ia telah diturunkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di sini, hari ini. - Bernama

Himpunan rai 'Wiladah Hussein' perlu dihalang Himpunan rai 'Wiladah Hussein' perlu dihalang Reviewed by Admin on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.