Seo Services

Isu Tanah Hak Adat Bumiputera berlaku kebocoran maklumat


Kerajaan negeri mengakui berlaku ketirisan maklumat berhubung kerja-kerja mengukur tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), namun belum berada di tahap serius.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihaknya mene­rima maklumat tentang ketirisan itu selepas mendapati beberapa perkara yang masih dalam proses perancangan tetapi telah diketahui oleh masyarakat umum.

Katanya, walaupun ketirisan maklumat itu tidak serius, namun rahsia itu akan dimanipulasi dan diperbesar-besarkan oleh pihak tidak berkaitan.

"Kakitangan dalam mana-mana jabatan seharusnya menyedari tanggungjawab masing-masing iaitu tidak menyampaikan maklumat penting kepada sesiapa yang tidak sepatut mengetahuinya.

"Sekiranya terdapat kemusykilan tentang sesuatu perkara berkaitan maklumat dalam jabatan adalah lebih baik bertanya terlebih dahulu kepada majikan atau orang atasan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Hari Inovasi dan Integriti 2014 Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Tanah dan Survei negeri, Datuk Sajeli Kipli.

Mengulas lanjut Awang Te­ngah berkata, majikan atau individu yang mempunyai kedudukan dalam sesebuah jabatan pula dinasihat supaya menerangkan perkara yang betul dan jangan sesekali memutar-belit fakta.

Katanya, majikan atau orang atasan harus menyedari implikasi terhadap memutar-belit fakta sebenarnya boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan nama baik jabatan.

"Memang ramai pihak tidak mengetahui prosedur yang betul tentang kerja-kerja mengukur tanah NCR ini kerana Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menggunakan kaedah terbaharu.

"Tetapi, ini bukan alasan untuk kakitangan dan majikan bersama-sama mempelajari tentang kaedah terbaharu itu, seterusnya memaklumkan kepada rakyat," katanya.

Isu Tanah Hak Adat Bumiputera berlaku kebocoran maklumat Isu Tanah Hak Adat Bumiputera berlaku kebocoran maklumat Reviewed by Unknown on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.