Seo Services

Mi Kolok Antara yang Teristimewa di Sarawak

 
Mi kolok adalah sejenis mi yang cukup popular dan antara hidangan istimewa di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Kepada mereka yang baru berkunjung ke Sarawak tanpa merasai keenakan mi kolok menjadikan kunjungan anda tidak lengkap dan boleh dianggap tidak sempurna.

Kelazatan mi kolok antara gamitan yang kuat bagi sesiapa yang berkunjung ke Sarawak kerana mi tersebut sinonim dengan negeri tersebut selain kek lapis dan beberapa hasilan tradisional lain.

Dengan kepelbagaian masyarakat etnik di negeri ini, Sarawak kaya dengan adat budaya dan bahasa, serta menampilkan pelbagai masakan tradisional yang bukan sahaja unik tetapi juga enak.

Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disediakan menjadi kuah untuk mi kolok ini.

Mi Kolok Antara yang Teristimewa di Sarawak Mi Kolok Antara yang Teristimewa di Sarawak Reviewed by Admin on May 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.