Seo Services

Sarawak menentang Selangor PKNS, Liga Super 2014.

Malam ini, akan menyaksikan Skuat Ngap Sayot bakal berentap untuk menetang Selangor PKNS untuk pusingan yang kedua di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching Sarawak dalam pelawanan Liga Super 2014. Pusingan pertama, Sarawak menang 2-0 ke atas PKNS di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kemasukan Junior pada pelawanan kali ini akan memantapkan semula jentera tengah Sarawak setelah pemain pertahanan Gabor direhatkan sebulan akibat kecederaan 'harm string' yang berulang ketika menentang Sime Darby Sabtu lalu. Apa yang dijangka Joseph Kalang juga turut bakal berakasi pada malam Joseph setelah disahkan cergas sepenuhnya.

Mengulas mengenai perlawanan pada malam ini, Alberts menegaskan Sarawak perlu menang bagi mengelak dipintas oleh pasukan lain. Alberts bagaimanapun mengingatkan pemainnya agar berhati-hati kerana Selangor PKNS tetap berbahaya sekalipun mereka menduduki kelompok pasukan bawahan.

Sarawak bagaimanapun bakal beraksi tanpa khidmat Mohd Lot Abu Hassan yang digantung perlawanan.
Sarawak menentang Selangor PKNS, Liga Super 2014. Sarawak menentang Selangor PKNS, Liga Super 2014. Reviewed by Admin on May 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.