Seo Services

Amaran Angin Kencang Dan Ribut Petir

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka memberi kesan kepada aktiviti maritim, khasnya bot-bot kecil dan aktiviti laut.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi di sini, malam Isnin, angin kencang Barat Daya itu dengan kelajuan 40-50kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berterusan hingga awal pagi Selasa (29 Julai).

Selain itu ribut petir diramalkan berlaku di perairan Reef North, Labuan, Sulu dan Perairan Pantai Barat Sabah dan ia dijangka berterusan hingga pagi Selasa.

Kenyataan itu juga menyebut ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer berlaku di sekitar perairan Selat Melaka utara dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) akibat jerebu.

Keadaan ini dijangka berterusan hingga pagi Selasa.-- BERNAMA

Amaran Angin Kencang Dan Ribut Petir Amaran Angin Kencang Dan Ribut Petir Reviewed by Admin on July 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.