Biarpun bulan Ramadan ini merupakan masa yang sesuai untuk melatih diri untuk berhenti merokok, tetapi ada juga perokok tegar lebih memilih asap rokok sebagai 'menu' berbuka. Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kerana ia boleh meragut nyawa anda!
Ada orang rela tidak makan hanya untuk membeli sekotak rokok. Harga sekotak rokok juga memang hampir dengan sebungkus nasi. Oh ya, dan ini adalah fakta.
Berbuka puasa dengan terus menghisap rokok boleh mengundang kematian. Bagaimana ini berlaku? Apabila anda berpuasa, badan anda amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Apabila anda berbuka dengan merokok, ia boleh menyekat saluran darah dan menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ketika perut anda kosong, paru-paru juga kosong. Apabila diisi dengan asap rokok dan tanpa mengambil makanan terlebih dahulu boleh mendorong denyutan jantung dengan lebih cepat.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, kesesakan arteri, mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. Serangan jantung juga boleh berlaku mendadak.
Percaya atau tidak, ia mungkin peringatan buat anda yang sepatutnya mendahului makanan dan minuman sihat sebagai menu untuk berbuka. Ada baiknya anda tidak terus mencapai rokok biarpun kotak rokok sudah tersedia di depan mata.
Bukan apa, jagalah kesihatan anda dan ingatlah orang yang tersayang.
Bahaya merokok selepas berbuka!
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2014
Rating:
![Bahaya merokok selepas berbuka!](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCXcM-YMhPgHP21KePgXvfLCs-YQyhv-vozjz6Sa1tY7zYYlW7fxLnL7WmD-93ojHat8HTGU44BDhSq7xRf37qqTywa4lUDC_y0hKifGAS8NUrDux6QYR7JqggL6Ru5yUa01-ODaFPEco/s72-c/rokok.jpg)
No comments: