Tindakan dan aktiviti pelik yang dilakukan seorang lelaki Arab sanggup mengemis walaupun dia mempunyai wang simpanan SR1.2 juta (RM1.01 juta) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mahal.
Disebabkan itu, semalam polis telah menangkapnya. Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak disiarkan, warga negara Teluk, melawat Saudi dengan menggguna visa pelancong bersama-sama isteri dan tiga anaknya. Mereka didapati menginap di sebuah apartmen mewah di Yanbu, bandar di barat Saudi. Tidak diketahui pula sebab lelaki berkenaan berbuat demikian.
“Kami menemui sejumlah besar wang padanya dan resit deposit wang. Jumlah yang dimilikinya lebih SR1.2 juta (RM1.1 juta) dan sebuah kenderaan mahal.
“Kami juga mendapati dia tinggal bersama-sama keluarganya di sebuah apartmen mewah. Dia ditangkap kerana mengemis di jalan raya,” kata jurucakap polis, Kolonel Fahd Al Ghannam.
Orang kaya pun sangup mengemis
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2014
Rating:
![Orang kaya pun sangup mengemis](http://3.bp.blogspot.com/-AjgpAmIgy2Q/U9CgUhpUkDI/AAAAAAAABuM/_cG5e8ZeXys/s72-c/pengemis.jpg)
No comments: