Seo Services

Fadillah anjur majlis tahlil doa kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, hari ini menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi udara Malaysia Airlines yang dihadiri 8,000 orang.

Majlis itu diadakan di kediamannya, di Jalan Sultan Tengah, dekat sini sebelum mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya ketika ditemui pemberita berkata majlis sambutan hari raya tahun ini diadakan sedikit berbeza agar bersesuaian dengan situasi yang sedang dialami negara ketika ini.

“Majlis sambutan hari raya tahun ini saya gabungkan dengan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17.

“Selain itu majlis ini bertujuan untuk mendoakan agar Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman, stabil, selamat dan dijauhi bencana termasuk keadaan kemarau yang sedang dialami ketika ini,” katanya.

Menurut Fadillah majlis tahlil itu diadakan dengan kerjasama madrasah dan kumpulan nasyid dari sekitar kawasan Parlimen beliau.

Pada 8 Mac lalu, Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai jatuh ditembak di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. - BERNAMA
Fadillah anjur majlis tahlil doa kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17 Fadillah anjur majlis tahlil doa kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17 Reviewed by Admin on July 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.