Seo Services

Sokong Palestin, Zayn Malik One Direction Diugut Bunuh Di Twitter!

 
LONDON, 30 JULAI 2014: Gara-gara memperkatakan tentang konflik di Gaza, salah Seorang bintang One Direction, Zayn Malik telah menjadi mangsa ugutan bunuh yang kedua daripada peminat Israel selepas Rihanna.

Penyanyi berusia 21 tahun itu telah mendapat ugutan tersebut setelah dia berkongsi hashtag #FreePalestine bersama 13 juta penyokongnya di Twitter dan selepas itu, postingnya telah diretweet sebanyak 130,000.

Namun, selepas posting itu dibuat, peminat Israel terus mengecam tindakannya itu dan mula menyelar penyanyi itu dengan pelbagai kecaman.

Malah anda di antara peminat yang meminta penyanyi itu supaya membunuh diri dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk membunuh Zayn Malik.

Zayn bukanlah selebriti pertama yang mendapat kritikan selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Sebelum ini, Rihanna telah mencetuskan kontroversi yang sama menerusi posting yang menyokong Palestin kepada 36.4 juta peminatnya beberapa minggu lalu.-Murai
Sokong Palestin, Zayn Malik One Direction Diugut Bunuh Di Twitter! Sokong Palestin, Zayn Malik One Direction Diugut Bunuh Di Twitter! Reviewed by uMieySurianie on July 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.