Seo Services

"Spillway Bakun" ditutup, penduduk kecewa

ADUN Pelagus, George Lagong berkata beliau dan penduduk hilir Bakun, khususnya di Pelagus tidak tahu menahu berhubung isu "Spillway Bakun" yang telah ditutup.

Menurutnya beliau, selepas Empangan Bakun dibina penduduk di hilir Bakun berdepan masalah air sungai rejang yang cetek. justeru beliau merayu supaya kerajaan Sarawak mengambil iktibar akan masalah Bakun dan jangan diulangi lagi di tempat-tempat lain, lapor Radio Free Sarawak.

Manakala Alex, seorang penduduk Belaga ketika dihubungi Radio Free Sarawak memberitahu bahawa Sarawak Hidro langsung tidak memaklumkan kepada penduduk Belaga berkenaan perkara tersebut, namun penduduk menyedari keadaan paras air sungai yang semakin cetek.

Alex berkata, banyak kesusahan dihadapi penduduk yang tinggal di hilir Bakun, semenjak empangan Bakun dibina.

"Malah ikan yang ditangkap di hilir empangan kini berbau hanyir dan tidak lagi sedap dimakan" katanya

Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku, menyatakan rasa peliknya terhadap sikap rakyat yang tetap menyokong kerajaan dan parti yang selama ini menyusahkan mereka.

Menyentuh tentang empangan Baram, seorang mantan konselor, Anthony Lawai turut menjelaskan kepada Radio Free Sarawak bahawa lebih 90 peratus penduduk Long San di Baram membantah empagan tersebut.

Menurut Anthony, hampir kesemua penduduk dari suku kaum Penan di Baram menyatakan bantahan terhadap pembinaan empangan Baram.

Oleh itu beliau menggesa masyarakat Penan di Baram agar tetap teguh mempertahankan tanah tumpah darah mereka daripada diceroboh untuk membina empangan.

"Spillway Bakun" ditutup, penduduk kecewa "Spillway Bakun" ditutup, penduduk kecewa Reviewed by Admin on July 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.