300 peserta sertai Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Betong.
BETONG: Kira-kira tiga ratus orang peserta telah menghadiri majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Bandar Baharu Betong pagi tadi (Isnin).
Peserta yang mana terdiri daripada murid sekolah, wakil-wakil dari jabatan kerajaan serta agensi swasta dan juga disertai oleh para penduduk dari kawasan sekitar.
Majlis tersebut dimulakan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil pelbagai etnik di Bahagian Betong. Dan diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dengan iringan Lagu Negaraku.
Sementara itu para peserta kemudiannya berarak mengelilingi Bandar Baharu Betong yang diketuai oleh Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel.
Sumber:RTMSarawak.
300 peserta sertai Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Betong.
Reviewed by Unknown
on
August 18, 2014
Rating:
No comments: