Seo Services

Bekalan Beras Di Sarawak Mencukupi


KUCHING  - Penduduk Sarawak tidak perlu bimbang mengenai bekalan beras kerana negeri ini mempunyai stok simpanan yang mampu menampung sehingga empat bulan keperluan jika berlaku kekurangan bahan makanan itu pada masa hadapan.

Ketua Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) Sarawak, Ismail @ Idris Yusup berkata, simpanan beras berjumlah 32,700 tan metrik itu boleh digunakan bagi menampung keperluan penduduk pada bila-bila masa.

"Setakat ini, stok simpanan beras milik kerajaan ini semuanya dalam keadaan baik tanpa ada sebarang masalah.

"Selain itu, kita juga mengendalikan kawasan penanaman padi di Batang Lupar, Sri Aman di bawah bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) sebagai inisiatif bagi mengukuhkan produktiviti penanaman padi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bernas Sarawak 2014 di sini hari ini.


Bekalan Beras Di Sarawak Mencukupi Bekalan Beras Di Sarawak Mencukupi Reviewed by Unknown on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.