Seo Services

Berita virus Ebola di Malaysia adalah palsu

Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.

Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola.

Penyakit ini mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian.


Berita virus Ebola di Malaysia adalah palsu Berita virus Ebola di Malaysia adalah palsu Reviewed by Unknown on August 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.