Seo Services

Biji kopi daripada najis gajah



Mendengar perkataan 'tahi' sahaja membuatkan kita sudah mual apatah lagi najis tersebut dijadikan makanan ataupun minuman.

Anda pernah minum air daripada najis gajah? Pastinya anda tidak bukan tetapi lain hal yang terjadi di Bangkok, Thailand. Thailand memang cukup terkenal dengan makanan dan minuman eksotiknya.

Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan.

Kopi jenama Black Ivory itu yang diasakan oleh Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai.

“Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.

“Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi,” kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah.

Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan.
Biji kopi daripada najis gajah Biji kopi daripada najis gajah Reviewed by Unknown on August 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.