Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaa.
La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.
Bunuh pegawai AmBank, La Ode ke tali gantung
Reviewed by Admin
on
August 14, 2014
Rating:
No comments: