Penggunaan syampu pada setiap kali kita mandi memang tidak dapat dinafikan terutama sekali wanita. Umpama sudah menjadi tabiat setiap hari untuk mencuci rambut menggunakan syampu walaupun pada hakikatnya kita boleh mencuci rambut hanya dengan menggunakan air.
Umum mengetahui, syampu mempunyai pelbagai ramuan kimia untuk membolehkan syampu menjadi wangi, tahan lama, dan boleh memberi kesan yang terbaik untuk rambut kita.
Hal ini dibuktikan oleh dua orang blogger wanita bernama Jacquelyn Baers mendakwa yang tidak mensyampu rambut selama 5 tahun manakala Lucy Aitken Read yang berhenti menggunakan syampu selama 2 tahun.
Puan Baers pada mulanya bermula dengan syampu dan kondisioner daripada bahan organik namun berhenti menggunakannya kerana harga yang mahal.
Beliau kemudiannya mengambil inisiatif dengan mencuci rambut dengan menggunakan campuran cuka epal dan baking powder namun tidak berkesan malah ia membuatkan rambutnya kering dan berminyak.
Beliau akhirnya nekad untuk tidak mencuci rambutnya dengan sebarang bahan lagi dan setelah 5 tahun, dia menyifatkan keadaan rambutnya sebagai “sangat sihat’
Lucy pula hanya menggunakan air dan bahan semulajadi selama 2 tahun ini untuk membersihkan rambut. Dia merasakan lebih sihat dan kuat setelah berbuat demikian malah kurang rosak berbanding menggunakan syampu.
Keduanya berpendapat yang rambut mereka lebih sihat selepas berhenti menggunakan syampu dalam membersihkan rambut mereka.
sumber
Rambut lebih sihat tanpa guna syampu?
Reviewed by Unknown
on
August 14, 2014
Rating:
No comments: