Seo Services

Gara-gara telefon samsung tidak dapat dibaiki, bertindak bakar rumah


KUCHING - Disebabkan hanya telefon pintar samsung gagal dibaiki, seorang pemuda berusia 27 tahun bertindak memakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Kejadian berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri kelmarin.

Akibat dari kejadian yang tak masuk akal itu, 20 penghuni di dalam rumah berkenaan kini tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.00 malam itu, sebuah kereta Perdua Kancik dan sebuah Toyota Wish milik penyewa turut terbakar. Seekor kucing pula nyaris mati rentung.

Awang Chek, 63, bapa kepada pemuda yang bertindak ganas itu berkata, sebelum kebakaran, dia dan anak bongsunya itu pergi ke kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anakya yang rosak malangnya telefon tersebut tidak dapat dibaiki.

"Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah."
Gara-gara telefon samsung tidak dapat dibaiki, bertindak bakar rumah Gara-gara telefon samsung tidak dapat dibaiki, bertindak bakar rumah Reviewed by Unknown on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.