Seo Services

Hanya tiga peserta misi kemanusian dibenar teruskan perjalanan ke Rafah


QANTARA: Pihak tentera Mesir hanya membenarkan tiga sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah.

Perkembangan itu berlaku apabila konvoi misi berkenaan disekat berhampiran Terusan Suez di sini, kira-kira 160 kilometer dari Kaherah.

Tiga individu itu ialah Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al-Agha.

Ketiga-tiga mereka dibawa untuk menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia). 78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.

Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di sini selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan.

Misi itu merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu. -AWANI
Hanya tiga peserta misi kemanusian dibenar teruskan perjalanan ke Rafah Hanya tiga peserta misi kemanusian dibenar teruskan perjalanan ke Rafah   Reviewed by Unknown on August 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.