Seo Services

Jangan Ambil Mudah Kesihatan Mulut - Ketua Menteri Sarawak


KUCHING: Rasa sakit dan tidak selesa apabila mengalami masalah gigi menunjukkan kesihatan mulut sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata menurut kajian Beban Penyakit Global 2010, karies gigi merupakan masalah paling berleluasa dan dialami kira-kira 3.9 bilion penduduk dunia.

"Periodontitis teruk, sejenis penyakit gusi, juga termasuk dalam 10 penyakit paling berleluasa di dunia, manakala kaitannya dengan keadaan sistematik lain menjadikan penyakit ini suatu kebimbangan dari segi kesihatan umum," katanya.

Adenan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat saintifik tahunan Persatuan bagi Pendidikan Pergigian Antarabangsa Bahagian Asia Tenggara (IADR SEA) dan Persatuan bagi Pendidikan Pergigian Asia Tenggara (SEAADE) di sini Selasa.

Teks ucapan beliau dibaca Menteri Muda Kesihatan Awam negeri Datuk Dr Jerip Susil. Adenan berkata beliau gembira kerana mesyuarat itu membariskan pakar terkemuka antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pendidikan pergigian untuk berkongsi pengetahuan mereka.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tempatan IADR SEA Prof Dr Noor Hayaty Abu Kasim berkata lebih 500 peserta dari 25 negara menghadiri mesyuarat empat hari itu.- BERNAMA
Jangan Ambil Mudah Kesihatan Mulut - Ketua Menteri Sarawak Jangan Ambil Mudah Kesihatan Mulut - Ketua Menteri Sarawak Reviewed by Unknown on August 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.