Seo Services

Kenapa tidak digalakan Upload gambar bayi yang baru lahir?

 
Menurut apa yang telah di baca, bayi yang baru dilahirkan yang umurnya kurang daripada 40 hari akan berhadapan dengan 4 permasalahan. Dua permasalahan Rohani dan dua lagi permasalahan fizikal.Permasalah Rohani melibatkan Ummu Sibyan dan al-Ain.Apa maksud semua ini?Ini sekadar perkongsian sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu.

UMMU SIBYAN-MERUJUK KEPADA JIN

Ianya merupakan daripada kalangan jin yang suka mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi yang baru dilahirkan.Oleh sebab inilah Rasulullah saw telah memberi garis panduan kepada umat-umatnya.Dimana Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi)."

Selain itu digalakkan juga diazankan secara perlahan setiap kali masuk waktu solat fardu 5 kali pada telinga kanan bayi tersebut.

AL-AIN:PERMASALAHAN ROHANI

Permasalahan al-Ain ini banyak yang dapat dibincangkan.Kerana ianya juga terkenal dengan sihir tanpa Jin dan ianya mungkin lebih serius berbanding permainan sihir yang lain.Terdapat hadis-hadis yang menyentuh berkaitan al-Ain ini.Antaranya ialah:

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi saw bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim)

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit yang disebab oleh pengaruh buruk pandangan mata.Ianya disebabkan oleh pandangan yang terlalu taakjub dan pandangan yang disertai dengan sikap iri dan dengki dengan apa yang dilihatnya.Ianya terbahagi kepada 2 jenis:-

1-Ain insi(berunsur manusia)
2-Ain Jinni(berunsur Jin)

Antara kesan yang dapat dilihat daripada kesan permasalahan ini ialah:-

1-Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2- Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah saw memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SAW) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SAW) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

SUMBER
Kenapa tidak digalakan Upload gambar bayi yang baru lahir? Kenapa tidak digalakan Upload gambar bayi yang baru lahir? Reviewed by uMieySurianie on August 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.