Seo Services

Kira-Kira 5,500 Pelari Dari 30 Negara Sertai Kuching Marathon 2014 Ahad Ini


KUCHING: Kira-kira 5,500 peserta dari 30 negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuching Marathon 2014 yang diadakan buat julung kalinya hujung minggu ini, anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kuching Marathon Association (KMA).

Pegawai Perhubungan Awam DBKU Norhayati Bidin dalam satu kenyataan hari ini berkata selain peserta tuan rumah, para pelari antaranya dari Arab Saudi, Greece, Britain, Cameroon, Etophia, Kenya, Mexico, Australia dan Singapura akan turut berentap dalam kejohanan Ahad ini.


"Acara 'flag-off' kategori larian 42km akan disempurnakan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di Padang Merdeka di sini pada pukul 3 pagi," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata pertandingan itu menampilkan empat ketegori terdiri daripada 42km, 21km, 10km serta 5km.
Orang ramai digalakkan berhimpun di sekitar laluan larian terbabit seperti Jalan Muhibah, Jalan Kulas, Jalan Merdeka dan Jalan Astana untuk memberi sokongan serta memeriahkan acara pada hari berkenaan.

Maklumat lanjut berhubung acara itu boleh diperoleh menerusi laman web www.marathonkuching.com.-BERNAMA
Kira-Kira 5,500 Pelari Dari 30 Negara Sertai Kuching Marathon 2014 Ahad Ini Kira-Kira 5,500 Pelari Dari 30 Negara Sertai Kuching Marathon 2014 Ahad Ini Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.