PHOENIX - Seekor kucing paling gemuk di Amerika Syarikat atau mungkin di dunia seberat 15.8 kilogram terpaksa diserahkan kepada sebuah Pusat Penjagaan Haiwan Maricopa County selepas pemiliknya enggan menjaga haiwan comel tersebut lagi.
Akhbar Daily Mail melaporkan kucing itu yang diberi nama Meatball diserahkan tuannya kepada sebuah pusat penjagaan haiwan di Phoenix, Arizona selepas dia tidak mampu menjaganya lagi.
Wakil pusat penjagaan haiwan itu, Melissa Gable mendapati kucing tersebut terlalu berat sehingga sukar untuk diangkat, ekoran beratnya kini hampir menyamai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Gable mengesyaki Meatball telah diberi diet, selain diberi makanan kucing oleh pemiliknya, dia juga begitu meminati sos berperisa epal yang biasanya dihidangkan bersama makan malam.
"Kami dimaklumkan bahawa kucing itu hanya diberi makan makanan kucing, tetapi sebenarnya ia tidak menunjukkan minat terhadap makanan kucing langsung.
"Dia didapati lebih berminat makan sos epal yang dihidangkan sebagai juadah makan tengah hari saya, dan saya berpendapat kucing itu telah diberi makanan yang dimakan manusia menyebabkan kucing ini menjadi sebesar ini," katanya.
Meatball yang mengalami masalah glaucoma merupakan satu-satunya kucing yang pernah dilihatnya bersaiz terlalu besar dan tidak mampu bergerak pantas.
Pemilik Meatball mengambilnya daripada seorang kenalan dan memelihara kucing itu selama enam bulan sebelum ia mula merosakkan harta benda di dalam rumah tuannya itu, lalu tuannya menyerahkannya kepada pusat penjagaan haiwan tersebut.
Kakitangan pusat jagaan haiwan itu kini meletakkan kucing berusia empat tahun itu menjalani diet yang ketat ekoran keadaan kesihatan dan berat badannya itu akan menyukarkan orang lain untuk memeliharanya kemudian.
Kucing paling gemok di Amerika Syarikat diarah berdiet
Reviewed by Unknown
on
August 15, 2014
Rating:
No comments: