PUTRAJAYA - Mayat seorang bayi perempuan lengkap dengan tali pusat ditemui dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi semalam.
"Ketika ditemui bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masa ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi. - Bernama
Mayat bayi perempuan ditemui dalam longkang
Reviewed by Unknown
on
August 15, 2014
Rating:
No comments: