Seo Services

Melahirkan modal insan berkualiti fokus utama Kerajaan


KOTA SAMARAHAN - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini harus menitik beratkan nilai tambah yang harus diguna pakai dalam pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan kepada para graduan.

Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bagi memastikan modal insan yang dilahirkan dapat bersaing dengan menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikehendaki oleh persekitaran semasa.

Katanya, pihak pengurusan IPT harus menilai semula tiga perkara yang menjadi fokus utama dalam melahirkan graduan berkualiti pada masa hadapan iaitu ilmu, pendekatan menggunakan ilmu dan infrastruktur.

"Sekiranya semua IPT di Sarawak menyerap tiga perkara ini dalam bidang pengajian yang ditawarkan, saya yakin graduan yang dilahirkan di universiti tempatan mampu maju ke hadapan walau berada di luar negara.

"Hal ini kerana graduan itu pasti berupaya mentransformasikan ekonomi negara dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada di sekeliling mereka dan Sarawak pula merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Sarawak dan tiga agensi luar di UiTM Sarawak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Sarawak, Prof. Datuk Dr. Jamil Hamali.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, langkah itu telah terbukti berhasil apabila Jerman yang menggunakan pendekatan tersebut telah berjaya berada dalam blok ekonomi Barat bersama Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain.

Katanya, Jerman yang menjalankan jenis pemerintahan demokratik itu bangkit dalam memperkasakan ekonomi negara menerusi perniagaan industri kecil dan sederhana (SME) selepas perang dunia kedua.

"Industri SME di Malaysia pula masih baharu namun ia adalah langkah awal untuk negara berada di kedudukan yang unggul dalam blok ekonomi ketiga dan bersaing dengan negara-negara kecil yang lain.

"Bagi mencapai hasrat tersebut, ia harus bermula dari peringkat pengajian iaitu melibatkan para graduan dalam latihan industri bagi menimba pengalaman dan pendedahan sebenar," katanya.

Melahirkan modal insan berkualiti fokus utama Kerajaan Melahirkan modal insan berkualiti fokus utama Kerajaan Reviewed by Unknown on August 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.