Seo Services

PBB Jaga Kepentingan Wakil Rakyatnya - Asfia

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai undang-undang perlindungan untuk menjaga kepentingan anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu.

Pengerusi Tetap dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PBB Datuk Amar Asfia Awang Nassar berkata sehubungan itu anggota Parlimen dan Adun secara automatik dilantik sebagai pengerusi PBB cawangan.

Katanya sebab itu kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sebagai presiden PBB sangat kukuh kerana peraturan PBB menyatakan individu daripada parti itu yang dilantik menjadi ketua menteri akan secara automatik menjadi presiden PBB.

Asfia yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 PBB Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata Sarawak beruntung kerana mempunyai seorang ketua menteri yang pintar dan berpengetahuan luas dalam bidang undang-undang dan sejarah.

"Kami dalam PBB amat berkeyakinan kita akan menang besar dalam pilihan raya negeri akan datang," katanya.

Beliau berkata PBB Sarawak merupakan parti komponen BN yang kedua terkuat di Malaysia serta mempunyai lebih dua pertiga anggota dalam Dewan Undangan Negeri.-- BERNAMA

PBB Jaga Kepentingan Wakil Rakyatnya - Asfia PBB Jaga Kepentingan Wakil Rakyatnya - Asfia Reviewed by Admin on August 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.