KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2014: Penangan drama bersiri yang diadaptasi dari novel Rindu Awak 200% yang hebat telah membuatkan ramai penonton setia seolah-olah merestui hubungan hero dan heroinnya iaitu Zul Ariffin dan Ayda Jebat.
Ramai dikalangan peminat drama bersiri dalam slot Akasia di TV3 itu suka akan gandingan dan keletah mereka berdua apabila bersama.
Zul yang memegang watak sebagai Zil Faezrul berkata dia gembira dengan respon peminat dan menganggap gandingannya bersama Ayda iaitu watak bernama Armel Aisya nampaknya efektif.
"Alhamdulilah sejak dari minggu pertama drama ini ditayangkan lagi kami sudah menerima baik dan suka dengan drama ini.
"Saya sedar setiap kali saya kongsi gambar mesra kami dalam babak dari drama tersebut di Instagram, ramai peminat yang suka akan gandingan kami dan biasalah peminat pasti akan memberi komen yang lebih-lebih seperti mahu lihat kami bersama.
"Tapi saya anggap itu sebagai kejayaan kami lah. Maknanya gandingan kami berjaya dan efektif sehingga membuatkan peminat terbawa-bawa di luar drama.
"Nampkanya usaha saya dan Ayda untuk dapatkan chemistry yang baik bersama juga berjaya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Rindu Awak 200% akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.-Murai
Peminat Restu Hubungannya Zul Ariffin Dengan Ayda Jebat
Reviewed by uMieySurianie
on
August 15, 2014
Rating:
No comments: