Seo Services

Adik berang kakak tidak mahu kahwini kawan

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki sanggup meletakkan krim hair remover (penghilang rambut/bulu ) pada kakaknya, sehingga menyebabkan wanita tersebut menjadi separa botak, gara-gara dia menolak untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Santosh Kumar, 23, dari Bangalore, ditangkap pada hari Isnin lalu selepas dia meletakkan krim hair remover pada kakaknya yang berusia 27 tahun itu pada tarikh 27 Julai.

Ironinya, kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas masyarakat di situ meraikan Raksha Bandhan, perayaan untuk meraikkan kasih sayang dan ikatan antara adik-beradik, lapor Malaysia Nanban.

Santosh Kumar marah apabila kakaknya Jayanti menolak untuk berkahwin dengan seorang rakannya yang berstatus duda beranak dua.

Beliau juga kecewa dengan kakaknya yang bekerja sebagai pelayan bar di Mumbai.

Walau bagaimanapun, Jayanti enggan tunduk kepada tuntutan dan memberitahunya bahawa dia akan membuat keputusan dengan siapa dia mahu berkahwin atau di mana dia mahu bekerja.


sumber
Adik berang kakak tidak mahu kahwini kawan Adik berang kakak tidak mahu kahwini kawan Reviewed by Unknown on August 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.