Kiki atau nama sebenarnya, Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin hadir di Pejabat Perkasa Selangor bersama seorang lagi ahli baharu Mohd Syahidzuan Samsudin.
Disahkan oleh PERKASA Selangor. Kiki Kamaruddin sebelum ini sememangnya ahli PERKASA di cawangan Pahang.
Tindakan Kiki Kamaruddin menukar cawangan PERKASA dari Pahang kepada Selangor adalah disebabkan dia lebih banyak berada di Selangor berbanding Pahang.
Menurut beberapa maklumat, Perkasa Selangor pernah melancarkan tabung kutipan derma untuk membantu Kiki Kamaruddin membayar denda yang dia terima berikutan tindakannya membuli seorang warga emas selepas melanggar kereta yang baru dia beli ketika itu.
Kes itu mendapat perhatian rakyat kerana tindakan Kiki yang disifatkan biadap sebelum bertukar menjadi isu perkauman.
Perkara yang normal apabila insiden melibatkan antara dua kaum terbanyak di Malaysia, melayu dan cina.
Kiki sertai Perkasa Selangor
Reviewed by Unknown
on
August 15, 2014
Rating:
No comments: