Seo Services

Sebaran Maklumat Menerusi Internet, Saspek Perompak Di Berkas

Maklumat orang awam menerusi internet mengenai sebuah kenderaan van yang dinaiki oleh dua saspek lelaki yang tidak dikenali disyaki menjalankan aktiviti samun di sekitar Kuching telah membuahkan tangkapan polis.

Berdasarkan dari satu Chat Group media sosial Facebook, sepasang suami isteri mendakwa mereka hampir-hampir di rompak oleh dua orang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah gudang berdekatan dengan Premier 101, Jalan Kempas di Kuching.

Memberi peringatan kepada mereka yang tinggal di BDC, Tabuan, Stutong and Song mengenai kejadian ini, mangsa sempat mengambil gambar kenderaan yang di naiki oleh saspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan tangkapan ke atas kedua saspek berkenaan yang dibuat oleh anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Sekama lebih kurang jam 12 tengahari semalam.

Polis juga menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh kedua saspek untuk kegiatan jenayah di dalam van berkenaan dan siasatan susulan polis mendapati van tersebut telah dilaporkan hilang di Baru Kawa pada tahun ini.

Kedua saspek yang berusia 31 tahun (dari Batu Kawa) dan  30 tahun (dari Siburan) ditahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan akan di hadap ke mahkamah pada pagi ini untuk mendapat tahanan reman. - Sarawakiana

Sebaran Maklumat Menerusi Internet, Saspek Perompak Di Berkas Sebaran Maklumat Menerusi Internet, Saspek Perompak Di Berkas
Reviewed by Admin on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.