Seo Services

Sindiket Cinta Tipu Internet berleluasa

16 OGOS: Mula-mula bercinta tapi selepas itu kikis harta, itulah kegiatan sindiket penipuan yang dilakukan secara berleluasa menerusi Facebook.

Biarpun bekas ahli sindiket sudah membuat pendedahan modus operandi kegiatan itu tahun lepas namun masih ramai lagi mangsa yang terpedaya dengan kegiatan itu.

Dalam kes terbaru di Miri, Sarawak, seorang kerani pentadbiran mendakwa kerugian RM348,050 akibat diperdaya seorang rakan lelaki yang dikenali melalui Facebook sejak Januari 2014.

Wanita berumur 52 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 4.08 petang semalam mendakwa telah membuat 13 transaksi di pelbagai bank secara beransur-ansur, kata Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee.

Beliau berkata polis akan mendapatkan penyata bank milik mangsa dan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyiasat kes itu.

“Jangan mudah percaya kenalan melalui Facebook, lebih-lebih lagi yang menjanjikan memberi pulangan keuntungan tinggi serta lumayan, ini modus operandi menipu,” katanya dipetik daripada Bernama hari ini.

Wanita malang itu mendakwa teman lelaki Facebooknya warga Britain memaklumkan akan menghantar 120,000 pound (RM632,400) yang diwarisi daripada bapanya, secara pos ke Malaysia dan wang itu kononnya untuk menjalani kehidupan bersama-sama dengan mangsa.

Pada 10 Julai lepas warga Britain itu menghubungi mangsa dan memberitahu wang itu telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Penipu itu meminta mangsa membayar yuran pos sebanyak RM6,450 dan mangsa telah mendeposit wang tersebut dalam akaun bank yang diberikan itu.

Mangsa sekali lagi dihubungi untuk menambah bayaran dengan mendakwa untuk tujuan bayaran yuran peguam bagi mendapatkan sijil untuk membolehkan mendapatkan wang berjumlah RM632,400 itu.

Mengesyaki penipuan itu, mangsa telah membuat laporan polis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes seumpama ini telah berlaku lebih 10 tahun lalu yang mana sindiket itu merupakan rakyat tempatan yang fasih berbicara dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan dialek England, Amerika dan Kanada.

Mereka dilatih sedemikian untuk mengoda lelaki dan wanita tempatan melalui Facebook dengan meletakkan gambar seksi mereka.

Mereka akan bercinta untuk beberapa minggu dengan pihak sindiket menelefon mangsa dengan menggunakan talian percuma seperti Skype dan Tango.

Selepas mangsa diyakini dengan pujuk rayu, penipu akan mendedahkan kekayaannya dengan menghantar dokumen seperti geran tanah, bon, saham dan sebagainya bagi mengelirukan mangsa.

Lantas penipu bercadang berpindah ke Malaysia dan meminta mangsa membuat pelbagai persiapan untukmenyambut kedatangan.

Apabila jerat terlekat, penipu akan memberitahu dia sudah berada di KLIA bersama harta berjuta dollar tetapi terkandas di jabatan Kastam dan imegresen kerana membawa terlalu banyak wang tanpa sokongan dokumen dan maklumat rakyat tempatan.

Ketika itulah mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang untuk berurusan dengan jabatan yang dikatakan sudi dirasuah wal hal semuanya adalah penipuan sindiket licik. – bnbbc.my

Sindiket Cinta Tipu Internet berleluasa Sindiket Cinta Tipu Internet berleluasa Reviewed by Admin on August 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.